Salam..
tiba-tiba malas nak publish entry semalam.. haha.. sebab entry hari ni lebih kepada suka-suka.. mungkin la.. pet pun kurang pasti.. sebabnya, hari ni teringat sesuatu.. tentang liku-liku masa buat final year project under supervisor lama.. indah juga la bila diingat balik..
oh.. lepas pet tarik diri untuk meneruskan projek tersebut waktu sambung master, pet rasa hati pet berat juga nak tinggalkan.. yela.. sepanjang bulan 7 tahun ni, pet run part master projek tu.. tapi hakikat sebenar, pet tarik diri.. sebab? haha.. entah.. malas nak ingat..
sebenarnya.. pet dah pun berbincang tentang projek tu hampir details.. more kepada histologi.. interaction di antara root dan fungus dan sebagainya.. mungkin tak ada rezeki untuk pet teruskan projek tu.. tipu la kalau kata pet tak rindu projek tu.. jatuh bangun, tergolek dan sebagainya dengan projek tu.. rasanya ditemani air mata tu tak perlu la pet kira.. tak terkira rasanya..
banyak pet belajar sepanjang buat final year.. bekerja dengan lecturer berbangsa lain.. kena sentiasa on track.. kena ada komitmen tinggi.. kena sentiasa komited.. walaupun hakikat sebenar, pet ni hampas je.. haha.. tapi pet suka.. banyak benda pet belajar..
indah bila ingat balik.. haha.. beruntung pet berpeluang bekerja dengan dia.. mungkin pet tak sehebat rakan-rakan pet.. tapi pet belajar macam-macam.. waktu pet praktikal di Thailand, pet update cerita-cerita tentang kerja di sana melalui email.. tiap kali supervisor pet reply mesti end up dia nak pet belajar sebanyak mungkin.. even sekarang pun.. dia sentiasa nak pet belajar sebanyak mungkin.. walaupun pet dah beralih ke bahagian lain..
ha.. tentang supervisor baru.. tak tau la bila pet nak introduce.. haha.. dia pun baik juga.. dulu supervisor lama lelaki.. sekarang perempuan.. dulu berbangsa lain, sekarang bangsa yang sama.. haha.. kalau nak describe rasanya esok pun tak habis.. tapi one fine day, akan pet cerita juga siapa supervisor baru pet.. haha.. maybe lepas pet dapat official letter master kot.. haha..
err.. rindunya dengan projek lama.. sekarang projek tu diteruskan oleh junior pet.. insyAllah khamis ni akan bantu dia tentang semua ni.. semoga tak rindu lagi.. haha :)
No comments:
Post a Comment