Friday, 11 April 2014

Habit :D

Salam..

pet baru lepas berborak dengan kawan sekolah pet.. haha.. berborak dalam mesej je la.. dari jam 8.30 pm tadi.. seperti biasa.. isu atau topik utama perbualan "pet, kau dah ada boyfriend?" haha.. kecelaruan apakah ini? hehe..

kadang-kadang bila usia ni kian meningkat, memang dah jadi habit untuk bertanya soalan boyfriend, kawen dan segalanya.. sambil pet bermesej dengan kawan pet, pet juga sempat membaca timeline twitter.. topik yang dibincangkan berkenaan planning berkerluarga.. haha.. which make me smile when I read it.. few days ago.. maybe before mid semester break, I heard my friend's talking about marriage.. of course, I just smile and walk away.. haha..

pet yakin semua orang ada impian nak ada keluarga sendiri.. cuma, kita tak tahu bila, siapa dan macam mana kehidupan itu nanti.. adalah tidak adil sekiranya kita asyik bertanyakan soalan yang sama.. terutama "pet, kau bila lagi nak kawen? tunggu apa lagi, bukan makin muda" dah kenapa soalan tu? haha.. kalau pet tahu bila, senang pet update status..

"saya mewakili ahli keluarga saya menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan saya pada **/**/****.. semoga kehadiran semua tetamu akan memeriahkan lagi majlis saya"

ala.. guruh kilat la pula.. haha.. tak boleh nak kupas lagi isu ni.. gitu :P apa-apa pun, kita ni kadang-kadang jangan la macam mendesak seseorang untuk cari pasangan dia.. kita tak tahu kenapa dia prefer bersendirian.. mungkin ada sebab dan natijah dia.. kena ingat, setiap orang ada kisah hidup dia, perancangan masa depan dia.. tapi sekiranya telah sampai jodoh dia.. buatlah macam mana pun, tetap akan dipermudahkan.. InsyAllah..

p/s: mesti malam ni susah nak tido :(

No comments: