Salam..
hmm.. teruk betul
line internet sejak beberapa bulan ni.. tak kisah maxis mahu pun celcom.. nazak
betul bila malam.. kalau pagi line maxis ok.. celcom kurang stabil.. entah
kenapa internet sekarang.. tapi bila menjengah ke malam, memang kritikal
masalah internet.. sampai satu tahap, malas nak cari apa-apa di dalam
internet.. haha.. jadi alasan untuk malas buat kerja.. kalau nak upload gambar,
sekeping saja ambil masa 30 minit.. bayangkan kalau 10 keping? Ya Allah..
menangis la..
disebabkan kegigihan
nak upload gambar-gambar ni.. jadi pet cerita serba sedikit berkenaan aktiviti
hari ni.. dimulakan dengan jam 10.15 am.. proses merewang di dapur pusat islam
upm.. kupas kentang dan bawang.. selesai tu, pet tolong senior bancuh tepung
roti jala/kirai.. blend semua bahan-bahan.. then terus mengirai di atas pan..
guna yang trendy tu.. 5 lubang.. seni pet kelaut :P
sedang menyiapkan
roti jala, pet sempat ganti dengan kawan untuk belajar buat kelupis daripada
beras hitam.. menggunakan daun palas, letak 2 sudu beras hitam yang telah
dimasak separa dengan santan dan daun pandan *ala-ala ketupat palas*.. beras
hitam diletakkan di atas daun palas.. bentukkan macam nak buat otak-otak tu..
nanti lipat setiap hujungnya.. untuk mengelakkan dimasuki air.. lepas siap tu,
diikat.. bab ikat ni agak unik sebab memerlukan kesabaran yang tinggi.. dan pet
gagal sehingga penguhujungnya.. berbelit-belit jadinya.. hehe.. sempat la ikat
2 set.. 1 set ada 5 ketul kelupis.. kena kuat ikatan untuk elakkan kejadian “titanic”
– terendamnya serta terburai kelupis dan dimasukki air..
|
proses membuat kelupis.. |
|
proses a,k.a teknik mengikat kelupis.. |
|
jadi kan :P |
|
proses merebus pula.. |
|
ni la rupanya kelupis beras hitam dari kundasang.. |
lepas siap diikat..
masukkan dalam air yang mendidih.. tutup bekas tersebut.. agak dalam 30 minit
untuk check kemasakkan kelupis tersebut.. kalau kurang, boleh rebus lagi 30
minit atau secukup masaknya *teruk sungguh bahasa masak pet*.. haha.. sambal menunggu
kelupis dan roti jala siap, persiapan untuk membuat kari daging dimulakan..
|
roti jala a.k.a kirai dah siap.. |
|
bahan-bahan untuk buat kari a.k.a gulai daging.. |
|
ni dia.. siap dah! |
mula-mula, secara
biasa kita masak kari/gulai daging.. tumis bawang merah, bawang putih, halia
dalam kawah.. lepas tu masukkan daun kari/karapoley.. bagi naik bau.. lepas tu
apa lagi, campaklah bancuhan rempah kari yang dah dibancuh tadi.. bau dia
memang menitik air mata.. haha.. lepas tu letak kerisik sikit, air, kentang,
daging, daun kari lagi.. kacau-kacau dan masuk santan.. oh.. jangan lupa
garam.. tudia.. siap.. terbaiklahkan.. rasa dia memang sukar nak ungkap dengan
kata-kata.. sedap!
|
track jalan kaki ala jogging.. |
|
caramel milk tea + cupcake + blueberry cheese cake :) |
Then on the way nak
balik dalam jam 5.00 pm, pet ternampak lecturer tengah jalan kaki.. pet dengan
perasaan kurang malu ni pun tegur la.. rupanya tengah exercise.. hehe..
last-last pet pun join berjalan sekali.. termasuk kawan pet.. haha.. pusing la
padang upm ni.. lepas tu memang penat la.. pet ada la bercadang nak pergi gym..
rm5.00 sekali entry.. cerita la dengan mak.. mak pun setuju tapi risau la pula
kang berketul-ketul badan :P oh.. lepas penat berjalan, pet pun pecut ke PCM..
nak cari hokkaido milk tea.. sekali taka da stok.. pasrah la.. dan ganti dengan
caramel milk tea.. lepas tu singgah beli cupcake dan kek blueberry cheese..
plan nak singgah secret, tapi malas nak masuk.. JJ je la.. jimat.. haha..
ok la.. merapu dah
banyak ni J
p/s: dari jam 7.30 pm
upload gambar *sigh*