Salam..
minggu ni bermula week 21.. minggu depan week terakhir training pet di Thailand.. cepatnya masa berlalu.. tapi pet ada 2 perasaan.. pertama tak sabar nak habis sebab terlalu sejuk! sekarang 9 C di Mae Rim.. kedua pet rasa sedih nak tinggalkan Chiang Mai.. haha.. nampak tak 2 perasaan pet tu? haha..
hari ni, buat julung kalinya pet pakai sweater ke office.. selama ni pet malas nak pakai sweater.. orang lain semua pakai sweater dengan baju berlapis-lapis.. sekarang pet dah tak tahan.. sejuk sangat! huhu.. cakap pun dah berasap.. kata staff tadi, dalam sehari dua lagi suhu akan drop lagi.. huwaa.. tak tahan sejuk!
bayangkan.. nak bergerak pun malas.. berjalan sejuk, duduk sejuk dan semuanya la.. Ya Allah.. cepat la habis training.. dah tak tahan sejuk.. tak boleh nak bayangkan nanti bila suhu cecah 5 C ke bawah.. tambahan pula sekarang tengah sibuk preparation untuk Botanic Festival pada 21 Disember ni.. Ya Allah.. pening kepala..
ok la.. pet terlalu sejuk.. sampai stokin pun jadi sarung tangan pet.. nasib bawa stokin lebih.. untuk kaki dan tangan! haha.. esok kena beli glove.. pet dah mengalah! haha..
sekian!
No comments:
Post a Comment