Thursday, 14 November 2013

Maesa Elephant Camp - Chiang Mai

Salam..

bertemu lagi di entry seterusnya.. dah macam maraton entry dah.. haha.. disebabkan pet tengah kalut lagi sibuk menyiapkan discussion untuk report internship.. maklum la.. dekan fakulti pet nak datang 19 November ni ke QSBG.. jadi full report mesti di submit pada esok hari disebabkan minggu depan pet akan berpindah ke department lain.. agak lewat pet pindah disebabkan banyak kerja yang perlu disiapkan di department pet sekarang..

stop pasal kerja, sambung maraton entry percutian di Chiang Mai bersama keluarga.. haha.. ok.. isnin lepas.. 4 November 2013.. pet patutnya dah cuti tapi disebabkan ada masalah teknikal berkenaan PCR dengan purification, menjadikan pet dan kawan-kawan perlu bekerja.. tapi selasa sampai isnin minggu ni memang cuti panjang la kan.. hehe..

ok.. hari selasa.. hari bercuti bersama keluarga pet dan keluarga kawan-kawan pet.. bermula la perjalanan kami dengan ambil van merah.. kira sewa sehari la.. dalam 1 000 bath.. ada la dalam 4-5 tempat yang akan pet rungkaikan setiap hari :P

bermula dengan Maesa Elephant Camp.. jalan-jalan.. tengok diorang mandikan gajah.. then gajah buat show.. performance macam hormat, main bola, baling dart, melukis, tarik kayu balak dan lain-lain.. pet paling tertarik dengan lukisan gajah.. dari harga 2 000 bath hingga 6 000 bath sekeping.. macam goreng pisang.. laku tu.. dalam sekelip mata yang mahal-mahal habis dulu.. haha..




ok la.. esok la sambung.. haha..

p/s: minggu ni Thailand sambut Loy Krathong Festival.. Lantern Festival la kiranya.. besar kemungkinan pet tak dapat join.. May dah ajak dah.. haha.. let see if I can join them this weekend :)

No comments: