Sunday, 6 October 2013

Weekend 5 Oktober 2013

Salam..

selesai sudah weekend minggu ni.. pet pun dah prepare entry hari ni :P haha.. pet baru sudah makan nasi.. lewat pula pet makan nasi hari ni.. balik tadi, sibuk kemas rumah dengan bilik.. sembang dengan family, mandi dan basuh baju semua.. pet pula tengah sakit perut.. bukan main sakit lagi.. huhu.. tapi tak kira, makan juga 2 biji cili.. dengan harapan perut jadi baik :)

ok.. kita mulakan cerita hari sabtu.. iaitu semalam.. semalam staff call nak ambil sebelum jam 3 pm.. tapi biasa la, bila kerja banyak, lewat la kitorang diambil.. hehe.. tak kisah pun sebenarnya :) dalam 3.15 pm staff datang dan tinggal kami di tempat biasa.. Kalare Night Bazaar.. macam biasa, semalam 500 bath.. then kawan pet call May untuk pergi ke destinasi seterusnya..

oh ya.. kami naik tuk-tuk untuk ke kawasan Halal Buffet Big C kot nama dia.. haha.. janji jumpa May dan seorang kawan dia.. serius pet tak ingat nama.. dia boleh cakap Kelantan sebab ayah dia orang Kelantan dan dia menetap di Sungai Golok.. Duck pun turut serta.. best juga la steamboat tu.. diorang panggil buffet la.. murah dan semuanya ada.. air ke, buah ke, makanan ke or apa-apa di dalam satu harga.. serius.. berbaloi-baloi.. selalu pet makan di Malaysia, makanan sahaja dicover.. air dan lain-lain charge asing.. yang ni bayar 267 bath kalau tak silap.. bayar untuk 4 orang, dapat seorang free.. lebih kurang la.. pet plan nak bawa family pet makan di situ kalau diorang datang Chiang Mai :)




awalnya kami makan berlima.. pet, 2 kawan pet.. May dan seorang kawan dia.. dalam sejam lebih, Duck pun sampai.. makin meriah la keadaan.. Duck cuba ajar pet cakap Thailand.. penggunaan "ciao" untuk dialek Chiang Mai.. memang tak dapat la :P susah kot nak sebut perkataan-perkataan Thailand.. pet perlu belajar dengan lebih tekun :)



habis makan, kitorang pergi The Big C yang ada pusat karaoke.. yang ni saja isi masa lapang.. kitorang naik tuk-tuk ke sana.. May, Duck dan seorang lagi kawan dia naik moto.. satu moto naik 3 orang.. nasib la diorang kecil ja badan.. haha.. kitorang pilih bilik Medium sebab itu ja kosong.. dengan tema Under The Sea selama sejam.. 270 bath sebilik dengan 3 botol air mineral.. sejam la kami melalak dalam tu.. Duck asyik suruh pet menyanyi.. macam nak menangis pet menyanyi.. kenyang sangat..

lepas karaoke, kami pun balik.. rehat kejap lepas tu pakat lapar balik.. turun ke 7-11 dan beli beberapa jenis makanan ringan.. dan balik tu pet makan-makan dan tido.. haha.. tinggal la 2 orang lagi kawan pet yang sedang layan bola :)

sekian!

p/s: sambungan entry esok :)

No comments: