Tuesday, 24 September 2013

Week 9 story

Salam..

semoga anda sihat-sihat sahaja.. hehe.. pet pun tak pasti nak update apa hari ni.. plan banyak, tapi nak mengarang ayat tu yang membuatkan pet malas nak menaip.. haha.. gitu.. at least jujur dari hati :P

jadi hari ni masih lewat ke tempat kerja.. tapi awal sikit dari hari isnin la.. hari isnin masuk kerja dalam jam 10.30 am waktu Thailand.. stylekan.. haha.. hari ni dalam 9.30 am waktu Thailand.. haha.. nak dijadikan cerita pula, office pagi ni blackout.. memang tak dapat la nak run DNA Plant Extraction.. jadi ditunda ke esok.. 

hari ni just menghabiskan masa buat slide untuk check Miniloid Rhizoctonia spp.. malangnya masih tak ada.. jadi duduk dekat meja pegang buku fungus then mula la mengantuk.. haha.. nak di jadikan cerita, pet sempat terlelap dalam 5 minit kot.. sebab mengantuk tahap entah nak cakap macam mana.. haha.. tambah bosan mengadap buku-buku atas meja :P

oh ya.. kisah hujung minggu kami beberapa hari lepas dah sampai ke Dr. An.. siap dia tanya lagi pagi tadi pasal weekend kitorang.. haha.. kebetulan May sebelah pet, pet pun tanya la macam mana Dr. An boleh tahu.. dia dengan bestnya cakap dia yang cerita dengan Dr. An.. haha.. sabar je la.. May ni.. haha.. sampaikan Dr. An pun suggestkan tempat-tempat untuk kami makan dan berjalan-jalan :P

Minggu lepas, Dr. An bagitahu kawan muslim dia makan McDonald, Burger King dan lain-lain fast food.. tapi ayam dengan seafood je la.. sebab memang dari company yang halal.. kalau tak silap pet, CP punya brand.. pet pernah google pasal KFC dan lain-lain.. dia cakap, memang ayam yang digunakan ada logo halal.. cuma nak dapatkan pengiktirafan halal tu susah sebab kena ada pekerja Islam dan sebagainya.. so memang agak susah untuk mereka memperolehi logo tersebut.. dan pet pernah tanya sendiri dengan manager KFC sini dan jawapannya halal.. 

apa-apa pun semoga tiada makanan yang tak halal masuk dalam tekak pet.. amin..

sekian ^^

No comments: