Thursday, 15 November 2012

Blok kayu~

Salam..

ini entry terakhir untuk beberapa hari ni.. sekiranya umur panjang, ada la entry baru.. hehe :D seharian pet dalam lab.. penat sangat.. mengadap mikroskop.. mengadap blok kayu.. mengadap culture, mengadap buku.. hmm.. boringnya life time cuti.. haha.. tapi hari ni berjaya balik 30 minit awal.. haha.. semalam pet balik 6.30.. hari ni pet balik 5.45.. lebih kurang 45 minit awal la.. haha..

baru pet perasan gambar ni tak rotate.. malas dah nak upload yang baru.. hehe :D
boleh tahan gigih buat kerja XD *nampak sangat tipu.. haha

penat sangat.. dari pukul 8 dalam lab tak keluar ke mana-mana.. tak makan, tak minum.. mengadap kerja.. workerholic betul.. haha.. jadi balik tu dah gelap, terus keluar.. makan.. dengan serabut kereta tak dapat-dapat.. memang serabut.. haha.. tapi boleh pula pet pergi makan dengan tenang.. teruk betul perangai.. haha..

buat pertama kali, pet makan tak habis! :D
lepas balik makan, beli selipar.. dan lingkup selipar lama.. mahai sungguh.. 39.90..

tapi syukur juga, seorang kawan pet dapat cari kereta last minit.. kalau tak, memang marah la kawan-kawan pet.. haha.. semua dah siap, tinggal kereta saja.. sebenarnya macam-macam jadi hari ni.. culture blok lama contaminant dengan asparagilus.. err.. betul kot ejaan nama.. malas nak buka buku.. dah buat sebersih mungkin.. tapi kena juga.. memang frust pet..

daripada 102 blok sesi pertama, 4 dah contaminant

lepas tu pet dah siap ukur philiades dgn conidia Trichoderma spp pet.. tapi 40x la.. tiba-tiba supervisor pet calibrate mikroskop tu untuk 100x oil.. terus kena calculate semula.. tapi baru siap 4.. masih ada 4 lagi.. sabtu ni kena habiskan 30 blok kayu dengan pengiraan tu.. disebabkan pet tak ada esok dan lusa, jadi pet terpaksa masuk lab waktu cuti.. minggu depan pet dah sibuk dengan test 2.. dan pet kena siapkan identify Trichoderma spp tu.. sebab blok kayu dengan Ganoderma spp untuk ketiga-tiga pathogenic dah hampir sempurna.. nak kena ambik tanah di Tatau dan autoclave.. entah la berapa guni.. peat soil dan top soil..

105 blok kayu.. 75 dah siap.. tinggal 30 lagi!!

tu tak kira kunci bilik hilang tadi.. serius.. kelam kabut tadi.. buat report semua.. tapi syukur sangat lepas sejam jumpa kunci tu.. tak tau la nak cakap macam mana.. 

serabutnya hidup pet.. tak sabar nak habis fyp ni.. esok pagi-pagi nak bertolak ke Miri.. kitorang beramai-ramai sewa kereta dan pergi Miri.. pet cuba dapatkan kereta manual.. tapi tak berjaya.. haha.. driver 3 orang.. tapi 2 orang pandai bawa manual.. sorang pandai bawa auto.. pet la tu yang auto.. pet dah tak pandai sangat bawa manual.. pet usaha cari manual sebab takut nak bawa 6 orang lain dalam kereta termasuk pet.. err..

last-last dapat auto.. memang pet takut la juga.. sebab pet bertanggungjawab terhadap 5 orang kawan pet.. kawan-kawan semua dah siap kemas barang.. pet masih menaip blog.. serius pet serabut.. muka senyum tapi serabut macam sabut XD

sekian ^^

1 comment:

jaakechik said...

pening tgk blok2 bagai tu, jaa boleh dpat rasa betapa susahnya pet nak buat sume tu kan? btw, semoga terus maju yer..