Salam :)
hye.. rini pet nak
update pasal pengajian d UPM sarawak.. haha.. sbb beberapa hari lepas ada org
search pasal DPNT.. let start from here
------------------------------------------------------------------
BACELOR SAINS BIOINDUSTRI
Memberi penumpuan
kepada ilmu mengenai sumber biologi utama negara iaitu dari sudut pertanian,
perhutanan dan perikanan serta integrasinya dengan industri melalui teknologi
terkini. Pelajar juga akan didedahkan kepada menjalankan penyelidikan bebas
dalam bioindustri dalam pada akhir tahun pengajian. Dengan pendedahan yang
menyeluruh, graduan Bacelor Sains Bioindustri bersedia untuk menampung pasaran
guna tenaga negara samada sektor kerajaan, swasta atau persendirian.
------------------------------------------------------------------
DIPLOMA PERTANIAN
Diploma Pertanian
memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains
tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan
perosak, pengurusan tanah, ekonomi dan pengurusan ladang, keusahawanan tani dan
pengembangan.
DIPLOMA PERIKANAN
Diploma Perikanan
ditawarkan untuk melatih graduan dalam bidang perikanan dengan penumpuan kepada
pembiakan ikan, teknik penangkapan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan
tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran,
pengendalian dan pemprosesan hasilan perikanan, dan keusahawanan.
DIPLOMA KESIHATAN
HAIWAN DAN PETERNAKAN
Diploma Kesihatan
Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional
dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan
ternakan, foraj dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta
keusahawanan.
DIPLOMA PENGURUSAN
PERLADANGAN MAKANAN
Diploma Pengurusan
Perladangan Makanan ditawarkan untuk melatih graduan yang menjurus kepada
agriteknologi dan keusahawanan serta berkemahiran dalam pengurusan pengeluaran
makanan. Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan,
amalan pengurusan tanaman, tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan
hasilan pertanian, pengeluaran dan pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan
perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani.
DIPLOMA PERHUTANAN
Diploma Perhutanan
ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan. Peluang pekerjaan
merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Penekanan
program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan, pengurusan hidupan liar,
pengurusan industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi.
DIPLOMA
KEJURUTERAAN PERTANIAN
Diploma
Kejuruteraan Pertanian ditawarkan sejajar dengan matlamat ketiga pelan strategi
UPM 2001-2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian
dan Perkhidmatan Pertanian serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa.
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dalam
mengusaha dan mengendalikan sumber pertanian negara secara efektif dan efisyen
serta menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkeupayaan untuk
memajukan bidang pertanian dengan berbekalkan ilmu serta teknologi moden dalam
merealisasikan sektor pertanian sebagai pemacu utama ekonomi negara.
DIPLOMA
PERNIAGAANTANI
Program Diploma
Perniagaantani ditawarkan untuk melahirkan tenaga separa profesional yang
berketerampilan dalam mengurus, mengendali dan memanfaat sumber pertanian
negara.
Penekanan diberi
dalam melahirkan graduan yang mampu mengurus organisasi selain menangani
cabaran perniagaan dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan dengan rantaian
bekalan agro-makanan (agro-food supply chain). Diploma Perniagaantani memberi
tumpuan kepada bidang seperti pengurusan, pemasaran, kewangan dan keusahawanan
dalam pertanian. Graduan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor awam
atau swasta selain menjadi usahawan tani.
------------------------------------------------------------------
Done! semua tu drp
website UPMKB.. Klik sini
since pet pun
lepasan DPT dan sedang belajar BSBI di UPM kampus Bintulu, Sarawak~ Selamat
Datang kepada semua adik2..
p/s : ada gambar
pet kat BSBI punya description :D tp sipi2 je la.. haha
23 comments:
bru taw pet stdy kt sarawak. hihi :)
haha.. aah.. pet study kt sarawak :D
rasa nak study balik bessnyer
Aihhh.. malasnya nak balik upm bintulu...
Tapi dekat dduk dkat miri je.. hakhak..
jom3 :)
uit.. jgn mlas :D org miri?
Study kat UPM Bintulu rupanya :D hehe. Tak jauh dari Miriiii ^_^
aah.. pet study kt sarawak :D tp skrg pet tgah extend.. bln 9 bru balik sna :)
wah, saya setuju dengan artikel yang melibatkan perikanan
terima kasih, sangat okey kawan
terima kasih
http://penyuluhpi.blogspot.com/search/label/METHODE
jauhnyer pet study... :)
owh sarawk....inga upm kat sini...one day teringin nak stdy kat upm..=)
hahaha.. nk wat camner :P rezeki kt stu.. haha
aah.. tp tula.. satu ja degree kt sna.. sedih la juga :D tp ade adik2 dip kira ok la.. hehe.. jom study sana :)
laa br tau upm ada kampus kat sarawak. bestla xyah jauh2 ngn famly ye tak pet? :)
haha.. psai pa xjauh? jauh la.. pet blajaq sana.. hehe :D
oic, kursus2 yg menarik.. tp wktu dulu2, kursus cmni sukar nk cari tempat intern kn, huh...
yeke? pet dlu time dip senang cari.. mcm skrg xtaw la.. sbb sem dpn bru nk start fyp.. then baru kuar.. hehe
info yg bgs..
ty :)
semua berkaitan perhutanan, perikanan. hehehe jauh tu sarawakk!
oopet nak kek lapis :p
haha.. jauh kn? jauh pn dh 2 tahun woo kt sana.. haha.. susah ar blaja jauh2 wei..
nk kek lapis perisa apa? hehe.. kena tggu pet balik kampus dlu la.. time cuti sem pet turun kuching, bleh msg pet t :)
tak pernah pun sampai sini. jauh sangat. hehe.
haha.. jom la p sana :)
Post a Comment