Salam..
Selamat Menyambut
Hari Gawai 2012
kepada semua
rakan2 pet.. rakan2 blogger pet.. dan sesiapa shja y menyambutnya :)
Hari Gawai
Perayaan Gawai
disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya
musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai
pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap
tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di
desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria.
Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Pada hari pesta
Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi
dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah
seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan
persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap
sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah upacara
persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh
masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk
kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat
sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa
untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.
Salah satu acara paling
menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan
kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan
giginya. Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang
diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai
harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan
mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta
Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
Sumber utama : klik sini