Salam..
sedar atau tidak, seminggu lagi bulan May, 2015 melabuhkan tirainya.. bermakna lagi 3 minggu sebelum proposal presentation.. sepatutnya proposal presentation diadakan pada 5 June 2015 tetapi ditunda ke 12 June 2015 atas sebab-sebab tertentu yang pet pun kurang jelas.. hehe..
pet sebenarnya berfikir-fikir tentang beberapa benda penting yang akan berlaku dalam bulan June - July, 2015.. pet selalu berharap dan berdoa semoga apa sahaja keputusan yang akan dibuat dan diterima untuk bulan-bulan tersebut adalah yang terbaik.. jika mampu pet putarkan masa, akan pet putarkan ke hadapan supaya segala persoalan dapat terjawab dengan serta merta..
abaikan tentang perkara yang kononya penting tu.. haha.. hari ni, ada program daripada Fisher Scientific.. daripada jam 9.00 am - 11.30 am.. berkenaan instruments yang bernaung di bawah syarikat tersebut.. disamping promosi itu ini, ada juga kuiz.. ada 2 hadiah, di mana 1 dapat kepada pet.. haha.. soalan dia berbunyi "berapakah base pairs chromosome manusia", dan pet jawab "6 billion".. sebenarnya tu jawapan kedua lepas jawapan pertama pet adalah 3 billion.. haha..
lupa nama siapa yang beri talk ni, Dr. Lee mungkin? |
free beg dengan note book dan pen |
tadaaa.. ni la hadiah lepas jawab kuiz.. |
Eye wash bottles.. haha.. simpan dalam almari lah :D |
oh ya.. awal bulan depan, masuklah intake baru diploma dan pra diploma.. selamat datang pet ucapkan.. semoga kedatangan adik-adik ke UPMKB ini bakal membuka lembaran baru dalam hidup masing-masing disamping matlamat utama adalah untuk belajar dan memperolehi diploma/pra diploma.. pet sendiri bermula dengan Diploma Pertanian (2007-2010) dan seterusnya Bacelor Sains Bioindutri (2010-2014).. sekarang tengah berjinak-jinak dengan Master.. berjinak-jinak je.. tak tahu berjaya ke tidak.. haha..
ok la.. melayan online tv streaming dengan ehsan uspot UPM.. haha.. sekian :)