Salam..
Hmm.. pet baru dapat call dari mak sejam yang lalu.. kucing
kesayangan pet, Dabu dah tinggalkan pet untuk selamanya pagi tadi.. dia
kemungkinan besar dilanggar tidak jauh dari pagar rumah pet.. hmm.. bercampur
baur perasaan.. menangis pun dah tak boleh henti.. huhu..
Biarlah pet cerita tentang kucing kesayangan pet.. diberi
nama Dabu sempena warna kelabu.. lahir dalam bulan 7, 2014.. kucing sepupu
pet.. pet ambik masa bulan 8, 2014 selepas hari raya.. beberapa hari sebelum pet pulang ke
Bintulu, Sarawak.. waktu ni, dia kecil lagi.. 3 beradik, dia paling kecik..
selalu kena buli dengan abang dan kakak dia.. masa tu, badan dia penuh gam dari
pelekat lalat..
Time flies, he growing up fast.. pet jumpa semula penghujung
bulan 10, 2014.. waktu pulang untuk pergi konvokesyen.. tapi tak lama..
seminggu lebih ja pet main dengan dia.. dia pendiam, tak akan berkasar dengan
pet dan keluarga.. suka main, tido dengan orang dan sangat manja.. bila lapar
baru la dia berbunyi.. pandai pergi toilet sendiri dan diam ja bila mandi.. oh
dabu.. cepat kau pergi..
Mak dengan makcik tengah pujuk pet “nanti kita ambik adik
Dabu ya.. sepupu bagitau tadi, mak Dabu tengah pregnant.. nanti mak pilih macam
Dabu” hmm.. sedih sungguh.. tapi tula, macam mak dengan makcik cakap “ini
perjanjian dengan Allah, dia dah masuk syurga” bengkak dah mata pet :(
Dabu, semoga kita berjumpa lagi.. Ogos 2014 – Februari 2015..