Salam..
hi
week 14.. semoga kau baik-baik sahaja.. haha.. terlalu banyak submission
sepanjang minggu ini dan minggu pertama final exam.. pet agak bertungkus-lumus
juga la menyiapkan kerja.. tapi pet bernasib baik sebab ada yang pet dah mula
siapkan waktu mid semester break yang lepas.. so sekarang lebih kepada siapkan
part result serta discussion..
hari
ni kelas terakhir Seed Technology oleh Dr. Joseph.. will miss him.. as a
supervisor and lecturer.. kitorang sempat la bergambar beramai-ramai..
macam-macam aksi.. rasa nak campak je orang belakang pet tu.. haha..
semalam,
pet busy print semua assignment nak submit hari ni.. tiba-tiba.. memang tragik
la.. bila 9 helai kertas tak cukup untuk printing semua assignment untuk
submit.. masa tu dah 11.30 pm rasanya.. macam nak menjerit je dalam bilik..
haha.. macam mana pet boleh tak sedar kertas A4 dah nak habis? haha.. lepas
kelas pagi ni, terus pergi mencari kertas.. macam biasa RM13.90 untuk 500 helai
kertas Double A..
nampaknya
tinggal hari Selasa dan Rabu sahaja.. Selasa mungkin kelas terakhir Plant
Tissue Culture dan Rabu presentation tentang subjek tu.. wish me luck.. haha..
report pun belum buat lagi.. nampak gaya memang bertungkus-lumus lagi la hari
ni dan esok.. haha..
oh..
Alhamdulilah.. duit zakat UPM untuk cover yuran baru nak dapat.. tapi tak dapat la
ke akaun pet.. UPM terus bagi dalam bentuk cheque ke UPMKB.. tapi pet dah bayar
yuran minggu lepas.. so staff UPMKB akan clearkan cheque tu ke dalam akaun..
awalnya beliau nak bawak ke depan untuk semester depan tapi pet beritahu ini
semester terakhir pet.. just 25 days left untuk menamatkan pembelajaran sebagai
pelajar Bacelor Sains Bioindustri opsyen Primer :)
sekian!