Friday, 31 August 2012

skim cepat kaya?

Salam..

rasanya apa yang pet nak taipkan ni dah menjadi perkara biasa bagi sesetengah kita.. skim cepat kaya or apa-apa yang berbunyi kaya dalam sekelip mata..

di zaman yang serba moden lagi mencabar, rasanya tiada yang nak hidup susahkan.. semua kalau boleh nak hidup senang.. dan rata-rata semua orang pernah terfikir atau pun pernah merasai apa itu skim cepat kaya.. 

MLM or pyramid or apa-apa sekarang tumbuh macam cendawan.. ada yang mengedar flyer yang diselitkan dalam surat khabar dan macam-macam.. tapi.. yang pet tertanya-tanya, betul ke testimoni-testimoni yang diberikan tu? or hanya sekadar gimik?

sekadar hiasan zaman bila pun tak taw dalam akhbar
testimoni-testimoni mereka
bagi diri pet, pet macam masih tertutup untuk mempercayai perkara-perkara macam ni.. tapi bukan la pet cakap benda ni tak baik.. kadang-kadang, kalau dah rezeki memang rezeki.. cuba kadang-kadang pet rasa orang bawahan untuk sistem-sistem mereka bagaikan ditindas.. tapi itu hanyalah pandangan pet.. dan pet tak bermaksud apa yang pet katakan adalah benar..

ada sesiapa pernah mencuba?

p/s: pet sekadar ingin berkongsi.. sekiranya pet salah, sila betulkan :)

Tuesday, 21 August 2012

Raya 1 - raya 3

Salam..

selamat hari raya semua :) akhirnya selesai sudah rumah terbuka family pet hari ni.. hehe.. penatnya.. sempat tido maghrib tadi.. tertido sebenarnya.. kalau tak memang tak bangun dah pet ni.. haha.. bermula dengan raya pertama.. pet macam biasa keluar beli ais.. masa pet keluar, kosong jalan.. tapi pet guna jalan belakang la.. kalau depan of course banyak kereta.. haha..

kosongkan jalan :D
traffic light pertama :D
bestnya kalau jalan macam ni hari-hari :D

bermula pukul 11 pagi sampai 10.30 malam penuh rumah pet.. dengan sepupu-sepupu pet.. haha.. duit raya pun konpem la habis.. haha.. mak pet dah tukarkan duit rm1 baru dalam rm400.. sampai raya ke 3 tinggal rm100 lagi kot.. ramai kan :D haha..

baru pet tahu rm1 baru pendek dari rm1 lama :D

jadi hari ni sibuk la dengan rumah terbuka.. patutnya majlis mula pukul 12 tengah hari.. tapi disebabkan ramai sepupu datang, jadi pukul 10 pagi dah mula.. haha.. sebenarnya rumah terbuka kali ni open to semua kawan-kawan.. pet la tak jemput.. semua kawan-kawan kakak la mai.. bising la kakak pet.. haha..

pet jadi baby sitter baby ni :D hehe.. tapi time ni pet dah berhenti..
makan-makan kat dapur
makan-makan kat ruang tamu dan depan
1 carton coke dah habis.. masuk 1 carton pepsi pula..
makan-makan dekat bahagian depan

tu la sebahagian gambar.. tapi mostly gambar waktu petang nak ke malam.. haha.. sebab pet busy kat dapur.. haha.. tapi satu benda yang pet kurang berminat.. sembang pasal pet eksiden.. Ya Allah.. tak habis-habis.. huhu.. sebab sepupu-sepupu belah abah pet tak tahu pet eksiden.. termasuk belah tok pet pun ramai tak tahu.. kemain la diorang pula yang rasa sakit.. haha.. nak pegang la, nak tanya la, nak story mory la.. semua ada.. haha.. pet dah tak berminat nak ingat peristiwa yang penuh kesakitan+kesedihan dan lain-lain.. haha.. bagi pet yang berlalu biarlah berlalu.. bukan tak nak berkongsi cerita, tapi kadang-kadang di sebalik cerita tersebut tersimpan 1001 rahsia disebalik semuanya.. haha..

macam mana raya korang semua? mesti lagi meriahkan :)

Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Salam..

Selamat Hari Raya semua :) akhirnya cukuplah sebulan kita semua berpuasa.. kejap je kan masa berlalu.. haha.. disamping kegembiraan menyambut hari raya, tetap ada kesedihan dengan perginya bulan ramadhan.. semoga kita semua berkesempatan berjumpa ramadhan seterusnya.. :)

macam biasa la bersempena raya esoknya, mestilah sibuk hari ni.. haha.. nak buat rendang, rebus ketupat, itu ini dan semuanya.. haha.. pet sempat juga ke giant dan tesco untuk membeli barang-barang yang tak cukup.. semestinya jalan sibuk, parking susah, barang habis, eksiden sana sini dan semuanya.. hehe..

teso utama :D
barang kat tesco pun banyak dah habis.. hehe
kuih raya siap diambil.. hehe :D

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :)

Friday, 17 August 2012

Persiapan hari raya :D

Salam..

rasanya dah ramai pulang ke kampung halaman sempena hari raya yang bakal menjelang tiba.. :) walaupun pet memang dah ada di kampung, pet tetap rasa macam nak balik kampung.. haha.. sebab tengok tv kan.. meriah pula orang balik kampung.. haha..

kalau berdasarkan pengiraan kalender, besar kemungkinan ahad ni kita raya.. jadi start hari ni, memang pet sibuk dah.. dengan ketupatnya, itunya, ininya dan lain-lain.. esok bertambah-tambah sibuknya.. nak buat rendang, nak ambil kuih raya yang dah ditempah, nak itu, nak ini.. haha.. pet sampai tak berkesempatan nak jenguk-jenguk blog.. haha..

dan.. ramadhan ke 28 ni adalah hari pertama pet jejak kaki ke bazar ramadhan.. haha.. pet ingatkan pet dah tak pergi bazar lagi.. haha.. maklum la, sejak eksiden pet dah jarang dan tak dibenarkan sangat bawa moto.. haha.. bawa keta boleh, jadi penumpang lagi boleh.. haha..

akhirnya selepas 3 minggu, Astro pun dipasang.. haha
kelongsong ketupat palas untuk diisi pulut :)
sekitar bazar ramadhan :)
sekitar dalam bazar ramadhan 1
sekitar dalam bazar ramadhan 2
sate sate :D

p/s : semoga anda semua selamat pulang ke kampung halaman :)

Thursday, 16 August 2012

Iklan hari raya 2012

Salam :)

sebenarnya pet baru perasan hari raya 2 hari lagi.. bila pet check kalender baru pet perasan.. haha.. mungkin pet tak sedar kot.. haha.. semalam busy tolong bukakan daun palas sebab mak dengan mak cik buat ketupat palas.. buat bentuk ja, pulutnya hari sabtu bersama-sama rendang dan lain-lain.. haha..

tak sangka sebenarnya, masa berlalu pantas sangat.. pejam celik dah hampir sebulan berpuasa.. dalam 365 hari, hanya 29-30 hari sahaja diperuntukkan untuk berpuasa di bulan ramadhan.. suku pun tak sampai sebenarnya.. dan waktu menunggu bulan ramadhan akan datang, macam-macam boleh berlaku.. kadang-kadang pet tanya diri pet.. sempat ke bertemu bulan ramadhan akan datang.. :)

ha.. berkenaan hari raya, ada satu iklan hari raya yang betul-betul menyentuh perasaan pet.. kali ni lain sikit.. selalu iklan petronas, tapi kali ni iklan bernas :D serius, dari hari pertama pet tengok tu, memang menyentuh perasaan.. sedih sangat.. bagi pet sendiri, mesej yang disampaikan sangat jelas.. dan pet tak boleh tengok iklan tu lagi.. kalau tak banjir rasanya rumah pet.. haha.. jadi pet ambik keputusan download iklan tu untuk menjadi tatapan masa akan datang.. hehe..


full iklan dari mula sampai habis :)

p/s : Salam Aidilfitri.. maaf sekiranya selama pet berblog ada yang terasa hati.. sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri pet sendiri :)

Wednesday, 15 August 2012

Waiting outside the lines :)

Salam :)

tiba-tiba pet rasa nak post sesuatu :) haha.. pet suka lagu ni.. tapi dah lama la.. ada sapa-sapa suka lagu ni? haha..



pet suka lirik dia.. haha.. pet tengah fikir, kat mana nak cut lagu tu untuk dijadikan ringtone.. *part yang nak dijadikan ringtone.. haha :)

p/s : apa menu berbuka 26 ramadhan? hehe

Tuesday, 14 August 2012

I'm back to rock :D

Salam :)

sila abaikan motif gambar ini :D

Akhirnya.. selepas sebulan berpuasa blog.. err.. tak sampai sebulankan.. haha.. pet pun berjaya online dengan jayanya :) sebenarnya 2,2 bb pet dah sampai limit.. vpn pula tukar server.. last sekali pet pun tukar vpn lain.. haha.. murah pada vpn lama.. tapi vpn lama pet dah renew untuk 2 bulan.. so pet guna aje la bila dia dah sihat sejahtera.. haha.. 

terlampau banyak benda yang pet nak post.. tapi internet buat hal kan.. haha.. pet dapat online sepenuhnya semalam.. jadi sibuk la download lagu raya.. tak tau la beratus kot lagu.. pet pun tak check lagi.. haha.. 

ha.. buat julung-julung kalinya pet update nokia ketoi batu pet.. haha.. dari version 31 ke version 60.. melalui pc suite.. smooth sikit.. kalau tak macam nak hempuk-hempuk je nokia ketoi pet.. haha.. maklum la.. nokia sekarang dah busy dengan belle dan windows phone.. dia dah tak pandang-pandang symbian s60 :D pet suka handphone tu sebab kamera dia.. walaupun 3.2 mp, tapi boleh detail walaupun tak secanggih dslr..

interface baru lepas update :)

eh.. sedar tak sedar hari ni dah 25 ramadhan.. dah tak lama nak raya.. jadi tak lama lagi la pet nak meninggalkan rumah.. sedihnya.. sebab 7 bulan bercuti.. haha.. tak tau la macam mana lepas ni nak mengadap buku pula.. haha..

ha.. lupa dah.. apa persiapan korang nak sambut hari raya aidilfitri ni? hehe.. banyak borong? hehe.. 

Tuesday, 7 August 2012

Ramadhan Foldover :)

Salam..


Obtain your official coupon here: http://bit.ly/N2xB7e

p/s : mampu update kopun Mcd ja.. internet macam masak lemak siput sedut T___T