Monday, 30 July 2012

Terima kasih! :)

Salam :)

sihat semua? hehe.. pet sihat juga :) sapa yang kurang sihat, banyak-banyakkan berehat dan makan ubat.. hehe.. pet masih mengalami masalah internet.. ni pinjam bb kakak pet.. haha.. harap-harap cepat la siap internet pet :)

pet sebenarnya nak buat ucapkan ribuan terima kasih kepada Jaa sebab bagi pet oleh-ole dari Penang.. hehe.. Terima kasih Jaa :) pet hargai sangat-sangat.. :)

Posmen hantar pagi tadi :)
comel tak? dalam sampul ada sampul :)
Jeng jeng jeng :) Terima kasih Jaa :)
Jaakechik corner! :)

kedua.. berkenaan birthday wish kepada blogger.. berkenaan entry semalam.. sebenarnya empunya birthday adalah akk KK :)

p/s : jarang pet dapat kad raya sekarang.. Jaa orang pertama hantar :)

" 1st Giveaway by jaakechik corner"

*  sticky post  *


CREDIT TO : CIK MAI

Nak wang tunai RM30? nak contact lens? shawl? header? banner? topup? meh sini ramai-ramai join GA jaakechik corner. syarat mudah. hadiah TIP TOP! jom la join... rugi kalo tak join...TERBUKA untuk semua blogger malaysia.

syarat :

1. WAJIB follow sponsor OOPET , FARAH , CIKMAI , FARAIN
2. buat entry bertajuk  " 1st Giveaway by jaakechik corner "
3. letak header jaakechik corner dan linkkan ke entry ini
4. senaraikan 3 tempat best di negeri kamu.
5. tag 3 orang rakan blogger.
6. letak url entry penyertaan di bawah entry ini okeh.

klik sini untuk :
 >   SENARAI HADIAH   <

tarikh tutup : 30 julai 2012 (12mlm)


 klik sini untuk menyertai GA ini :)

Sunday, 29 July 2012

A wish for you :)



Entry 2 in 1.. haha.. wordless sunday dan birthday wish :D

Happy birthday akak :) may all your dream came true :) jaga diri baik-baik.. hehe.. hari ni, 29th Julai, ada seorang blogger sambut ulang tahun kelahiran.. siapakah beliau? hehe..

p/s : minta maaf semua.. pet ada masalah dengan internet.. pet tak dapat nak balas jejak.. bila internet dah ok, pet akan terjah blog anda :)

Monday, 23 July 2012

3rd Ramadhan wordless :)




Sunday, 22 July 2012

Saya Blogger Dari ....

Salam..

rasanya entry di ramadhan kedua ni berkenaan segmen.. selamat ditag oleh rakan blogger/fb/fs/twitter/group dan macam-macam lagi.. haha.. sapa lagi kalau bukan cik Fatin kita.. haha..

memandangkan syarat untuk segmen ni simple, pet pun terus buat post.. haha.. saja nak cuba nasibkan.. hehe.. ok.. jom-jom mulakan.. hehe..


1. Buat 1 entri dengan tajuk Segmen Ayu : Saya Blogger Dari .... -DONE!(sambung kan ayat itu contoh:saya blogger dari Selangor)

2.letak banner diatas dan link kan ke entry ini - DONE!

3.Follow Blog Ayu dan Queensbox jika sudi ;-) -DONE!(jika follow bagitahu ya,Ayu akan follow balik)

4. Taq seorang kawan anda -DONE!

5.Tinggalkan link entri di entri Ayu ini. -DONE!



----------------------------

Saya blogger dari Kedah Darul Aman.. Daerah Kuala Muda/Yan.. area KM/Y.. hehe..

Dengan berbesar hati pet tag DFIQA untuk sama-sama bersegmen.. hehe

Sekian dari pet.. selamat berpuasa :)

Friday, 20 July 2012

1st Ramadhan

Salam :)

rasanya masih sempat nak ucap selamat menyambut 1 ramdhan kepada semua blogger :) boleh dikatakan hampir 70% blogger post entry berkaitan ramadhan kan.. hehe.. pet pun sama ni.. :D

Alhamdulilah berjaya bertemu ramadhan kali ini.. harap-harap sampai habis ramadhan.. bulan yang paling mulia.. sebenarnya pet banyak baca mengenai Ramadhan Terakhir.. bukan baca, dengar kot..

apa pun pet baru sudah makan mcd foldover.. hehe.. pet kan penggemar mcd dari dulu lagi.. haha.. kalau boleh nak makan mcd hari-hari :D

buy with foldover coupon - my sis brought for me :D
open the wrapping :D
See inside.. waaa.. yummy~
habis da.. salam sekelip mata.. haha

begitulah kisah malam ini.. hehe.. pet agak busy dengan sesuatu sekarang.. hehe.. jangan lupa bersahur esok :) 

p/s : mengingati sesuatu.. haha..

Wednesday, 18 July 2012

HSAH - dengue

Salam..

hye.. lambat sikit entry hari ni.. haha.. dah tak ada auto publish.. dah habis semua entry di publishkan.. idea pun dah habis nak auto publishkan.. tapi wordless entry memang banyak :D

petang semalam, pet bersama mak dan mak ngah pet pegi melawat skandal anak buah mak cik pet.. kena denggi.. daripada KL transfer ke Kedah.. duduk la dia di HSAH *Hospital Sultan Abdul Halim.. pet memang bernasib baik.. mak cik pet tu tak datang lagi time pet sekeluarga pergi melawat.. kalau tak...... mula la dia dengan hobi match making the series.. -.-"

ha.. on the way nak ke HSAH, ada eksiden depan pet.. hmm.. tetiba mula la flashback kemalangan 31 januari.. tapi moto yang eksiden tu tak la seteruk 31 januari.. pet tengok gambar kat polis eksiden januari tu.. dari raga moto sampai tayar depan semua lebur.. haha.. body moto pun pecah.. :D

tak nampak sangat kan.. sebelah tangan pegang stering, sebelah pegang hp :D

akhirnya sampai la ke HSAH.. dah lama pet tak jejakkan kaki kat situ.. rasanya last tahun 2010 kot masa melawat isteri staff tempat pet praktikal meninggal.. tapi 31 januari tu sempat la pet berada di HSAH dalam 3-4 jam sebelum pindah ke Metro..

tak pasti apa yang cuba pet sampaikan melalui gambar ini.. haha
jauh gila pet parking.. nun jauh di hujung sana

akhirnya lepas melawat, pet pun singgah makan di cafe HSAH.. then pulang ke rumah.. yang paling pet malu dan tak larat nak ketawa, pet silap masuk jalan.. kelakar sangat.. jalan nak balik ada 3 laluan.. pet masuk laluan bertentangan.. time kat lampu traffic, pet rasa lain sangat.. bila pet check lane kereta, rupanya pet di lane bertentangan.. apa lagi, cepat-cepat la pet tukar.. kang kena langgar keta dari arah bertentangan.. sangat malu dengan peristiwa tersebut.. haha..

sekian.. melaporkan :D

Tuesday, 17 July 2012

Perak :D

Salam..

hye semua :) haha.. semalam pet pergi ke Perak untuk membeli baju raya.. haha.. kemain lewat pet pegi kan.. disebabkan banyak benda yang nak dibuat, pukul 8 pagi baru bertolak.. patutnya dalam perancangan pukul 7 pagi.. haha..

destinasi tersebut adalah, Parit Buntar, Perak.. pernah dengar tempat ni? sebenarnya ini adalah pasar kemboja.. memang 99% orang kemboja.. kat sini kebanyakkan peniaga membeli barang untuk jualan.. sistem jualan di sini menggunakan "kodi" satu kodi = 20 pasang.. jadi kalau 1/2 kodi = 10 pasang.. kat sini ada tudung, kain pasang, baju, telekung dan lain-lain.. sistem tawar menawar juga memainkan peranan penting di sini..

macam pet sendiri waktu berniaga tahun lepas, semua barang ambil di sini.. tapi macam pet cakap, pembelian ikut kodi.. kadang-kadang kita tak dapat memilih sebab penetapan kodi dibuat oleh penjual.. tapi ada juga penjual beri pilihan untuk memilih.. jika kita memilih untuk membeli beberapa pasang sahaja, kita akan membayar pada harga jualan bukan harga borong.. macam pet cakap harga borong pun boleh dapat murah lagi kalau betul-betul pandai tawar menawar..

Suasana pasar kemboja 1
Suasana pasar kemboja 2
Suasana pasar kemboja 3

selepas membeli belah di pasar kemboja, pet sekeluarga bercadang nak makan mee udang/ketam di Kuala Juru, Penang.. tapi tutup pula.. akhirnya kami sekeluarga ke Jalan Kangar, Penang *rasanya nama jalan tu.. untuk makan Cendol Pa'Hassan dan Warung Kelapa Sawit..

Cendol Pa'Hassan
Ikan bawal panas di warung kelapa sawit

sebelum pulang ke rumah, sempat la singgah ke jamuan kawan kakak di Juru.. K.Nisah kalau tak salah pet nama kawan kakak.. orang Kelantan.. walaupun dah bermaustautin di Penang amat lama, tapi dialek Kelantan tetap pekat.. haha.. anak-anak beliau pun cakap utara.. hehe :D

Mushroom soup homemade by K.nisah
Spageti homemade by K.nisah
Pizza homemade by K.nisah also

akhirnya pulang ke rumah.. pengagihan kain pasang untuk raya pun bermula.. haha.. pet punya 6 pasang tapi last-last tinggal 4 pasang sebab berebut dengan kakak.. maklum la.. pet kan adik.. mesti mengalah.. haha :D

In Memory silver dan hijau.. kakak ambik juga XD

last sekali baju raya tetap tidak dapat disiapkan sebelum raya.. jadi ini adalah tahun kedua pet tak ada baju raya.. haha.. tahun lepas sibuk berniaga sampai terlupa baju raya.. tahun ni pula lewat beli kain.. haha.. jadi pakai time raya korban kat sarawak ja la :D

Monday, 16 July 2012

Jalan-jalan cari makan :)

Salam..

next post.. aktiviti semalam.. masih dalam entry bergambar.. hehe.. semalam pet sekeluarga berjalan-jalan melawat kawan baik kakak, sepupu dan kawan mak.. dari pukul 8 pagi bertolak dan sampai di rumah pukul 7 malam.. long journey la sangatkan.. hehe..

Sarapan di Nasi Kandar Hussain.. akk KK.. nasi kandar la :D
Makan durian di rumah kawan mak
Langsat ada.. rambutan pun ada :D
Pulut durian pun ada.. hehe.. memang menjamu selera bersungguh-sungguh..
Time nak balik penuh la bonet kereta.. haha.. macam-macam ada.. 
Dalam perjalanan pulang, singgah pasar malam.. 
Singgah beli cendawan tiram.. 1kg = rm10
Sambil tu beli cendawan goreng tepung.. 3 bekas = rm5
Last sekali singgah econsave bandar puteri jaya.. hehe

pergh.. memang kenyang.. macam nak tercabut perut.. haha.. 1st rumah, rumah kawan baik kakak.. then g rumah sepupu sambil lunch dan solat.. pastu g rumah kawan mak.. macam-macam diorang jamu makan.. haha..

mak pet selalu pesan, nak pegi rumah orang mesti bawa benda.. jangan tangan kosong.. walaupun beli biskut kering.. sebab kadang-kadang tuan rumah tak menjangka kedatangan tetamu.. mak pet juga selalu cakap, kalau kita pegi rumah seseorang dan orang tersebut meraikan kita dengan bersungguh-sungguh walaupun kita tiada pertalian darah, itu adalah orang yang sangat-sangat baik.. tak kiralah walaupun dah berpuluh-puluh kali pergi..

macam tu la kisah semalam.. tunggu entry esok untuk kisah lain.. haha.. :)

Sunday, 15 July 2012

Shopping-shopping :D

Salam..

morning :D sebenarnya ni entry bergambar.. semalam pet just singgah beli barang.. macam biasa.. mcd tu tak dilupakan.. hehe.. bab makan pet memang tak lupa.. dan semalam pet dah start bawa kereta.. dan konpem la mak dah tak bagi sangat pet bawa moto.. hmm.. I wish everything will be normal macam sebelum pet eksiden.. boleh naik moto pergi kemana sahaja.. huhu..

Sebelum keluar semalam, pet terpijak mouse laptop lama pet T__T
Macam biasa.. Oreo McFlurry :D
Beli chicken foldover guna kupon mcd.. hehe.. ada 7 kupon kakak print.. hehe
Ni sebahagian yang pet beli.. selebihnya tak leh nak upload.. tak sesuai :D

macam tu la cerita semalam.. nantikan cerita hari ni untuk post esok :D

Saturday, 14 July 2012

Matured



p/s : Happy Birthday kepada awak :) Semoga sentiasa gembira dan gembira.. All the best for you!

Friday, 13 July 2012

Quotes of the days



Thursday, 12 July 2012

Chicken Foldover

Salam..

entry ringkas dan padat.. haha.. nak mcd buy 1 free 1? print aje kupon ni :D haha


Obtain your official coupon here: http://bit.ly/LZCWf4

Sumber : Mcd Malaysia

Wednesday, 11 July 2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

Salam :)

akhirnya pet join GA.. dah lama tak join sebenarnya.. pemalas.. haha.. thanks CF tag pet :)


1. Follow blog kisah klasik azura.. klik sini *pet follower 1912
2. Like fan page.. klik sini *pet penghuni nombor 305
3. Letakkan banner entry dan linkkan ke blog beliau.. klik sini untuk manual link :D

4. Pilih hadiah daripada 4 diatas.. *pet pilih wang tunai berjumlah RM50

5. Tag 3 orang rakan blog pet.. *akk KK, shu dan caliph - main terjah je ni :D

sekian daripada pet.. sila doakan menang :D haha

Tuesday, 10 July 2012

Lunch preview :D

Salam..

rasanya rini nak update gambar-gambar makanan la.. sempena jalan-jalan cari makan edisi rumah pet.. hehe.. menu tengahari semalam.. sebab ramai kat rumah.. so nak masak banyak tak sempat, masak 2-3 jenis lauk sahaja.. jom layan :D

anak ikan tenggiri yang dibeli di Alor Star :D
siap dibungkus dengan Aluminium Foil
dah siap :D
sedap ni :D
3 biji nenas.. sebiji dah habis sambil tangkap gambar :D

sekian :) jemput tengok semua.. hehe

Monday, 9 July 2012

Alor Star~

Salam..

akhirnya tamat sudah episod jalan-jalan cari makan edisi pet.. haha.. semalam teman family pet ke Alor Star.. pet macam biasa la.. makan je la.. :D layan pic je la eh.. semalam tak sempat nak terjah blog lain.. sebab pet dah terjah katil dulu.. hehe..

Nasi Kandar Ayam Kampung Hj. Ramli.. terbaek! :D
Singgah tengok hasil laut di Kuala Kedah
tak dilupakan 1kg Laksa Teluk Kechai.. memang famous :D
sebelum balik makan sate 20 cucuk :D

Sekian melaporkan :D